Wednesday, July 2, 2014

Mana mungkin

Mana mungkin kan hadir rasa percaya
Andai hanya hujah panjang berjela
Tapi isinya kosong hampir tidak bermakna
Kerna angkuh pada pegang tongkat kuasa

Mana mungkin kan timbul rasanya hormat
Walaupun pegangan nyata adalah hakikat
Namun dek kerna cakap tanpa sepakat
Berhujah dalam takut, dalam nak tunjuk hebat

Mana mungkin kan datang perasaan yakin
Semuanya menjadi keliru andai silap dicerakin
Sekarang haram, esok halal, lusa segalanya mungkin
Tak ada yang sahih walau mayat sudah ditalkin

Mana mungkin kan kukuh untuk berpegang
Andai pendapat yang jitu dan kukuh tak dapat dihidang
Sini kafir sana murtad di situ pula belum bersidang
Silap cakap kan terlucut pangkat yang disandang

Mana mungkin tiadasedikit  rasa tertipu
Andai yang berwajib hanya diam membisu
Musibat datang, meronar hingga dah berlalu
Tapi sang penguasa tetap diam membatu

Mana mungkin tiada rasa khawatir
Kata ilmuan, bila ditanya cakap pun tak berbutir
Yang batin pun goyah, lagikan yang dzahir
Lantas, bagaimana keyakinan kan hadir?


Ala Kassim……………

Chendering 3 Julai 2014

No comments:

Post a Comment