Monday, August 11, 2014

Aku di sini memerhati

Aku di sini memerhati
Di barat gempita umpama perang
Menderu sesah hujah dan tingkah
Mengamuk jerit pekik dan nista

Aku di sini memerhati
Di timur ada pantang diumpan
Menghulur muncung mengejar copong
Lidah menari tak sempat diajar

Aku masih di sini memerhati
Di utara menabrak segala hadang
Hingga ke depan tertampan halang
Rupanya menampar air di dulang

Aku masih di sini memerhati
DI selatan bingkas ingin mencelah
Menutur laju umpama dicabar
Kosong serangan tak memberi bekas

Aku masih di sini memerhati
Belum terlambat untukku ucapkan
Selamat malam si matahari.........

Kediaman Rasmi Batu Buruk 6 Ogos 2014

No comments:

Post a Comment