Friday, August 15, 2014

Bila Syaitan Dihormati


Melihat dari suatu sisi yang tidak manis
Memintal percaya dalam suasana makin hamis
Melihat gelodak dalam dunia yang makin sadis
Yakin dan nafi pada akhiran yang makin tragis

Bila syaitan melilit serban menyarung jubah
Persepsi mata yang melihat pun turut berubah
Tiada lagi mata hati yang merenung dan menyanggah
Tiada lagi keluh jiwa yang garang menongkah

Dikepung segala rasa marah dan benci
Dilebarkan menjadi belas kasihan dan simpati
Sedang dulu mereka yang minta melaknati
Bila bermuka menjadi kaku tunduk menatap bumi

Manakah maruah sebagai  manusia berakal
Bila hati berubah hanya pada beza yang fizikal
Sedang amarah dalam hati masih terus menyangkal
Dan nanah darah cercaan pada yakin yang dangkal

Saud memanggil Sisi untuk hadir ke sisi
Sedang Sisi adalah susuk yang merosakkan asasi
Merubah percaya pada manusia yang hatinya mati
Pinta yakin pada satu kebejatan yang abadi

 Chendering, 15 Ogos 2014


No comments:

Post a Comment