Aku melihat terus lewat tetingkap darjat
Memandang ke dalam pada niat berhajat
Temboknya nyata tinggi untuk di panjat
Terlalu jauh walau kelihatannya dekat
Aku mendongak pada tingkat keangkuhan
Melihat pada tingkah laku kesombongan
Meracun pada jasad-jasad yang gila kedudukan
Merubah jati diri hingga membentuk sempadan
Aku merenung pada teropong khayalan
Menilai ke mana arah tuju dan masa depan
Melihat balik pada sejarah yang ditinggalkan
Mengutip cebis-cebis harapan dan keyakinan
Aku melihat pada ikhlas yang terpencil
Sebelum bermula sudah berkira tentang hasil
Mengira segala jenis tanah dan kerikil
Menguis segala yang nyata dan yang tamsil
Aku mencari pada kisah-kisah silam
Pada wujud kasih yang masih mendalam
Hanya kelihatan bara cinta yang telah terpadam
Bertukar menjadi arang nista yang tenggelam
Aku melihat memandang untuk aku percaya
Bahawa ada keyakinan yang masih bersisa
Kemanusiaan dan harapan pun masih ada
Dalam meniti kehidupan hingga ke hujung masa
Chendering, 11 Jun 2014

No comments:
Post a Comment