Bila Firaun berniaga
Pasti mengundang bahana
Kerna peluang takkan terbuka
Dan akhirnya rakyat kan sengsara
Bila Firaun berniaga
Kelayakan pasti tak diambil kira
Kerna yang menentukan adalah kuasa
Kerna yang meluluskan tiada setara
Bila Firaun berniaga
Pasti keadilan tak dirasa
Kerna yang menentukan harga
Lebih untuk mengampu sahaja
Bila Firaun berniaga
Yang lain pastikan lihat saja
Menunggu andai ada sisa
Sedikit habuan untuk mereka
Bila Firaun berniaga
Penindasan kan bermaharajalela
Yang lemah kan menjadi mangsa
Yang untung pastinya mereka
Bila Firaun berniaga
Bukan kerana pandainya dia
Tapi merintis peluang yang ada
Sudah pastinya kan di ali baba
Bila Firaun berniaga
Pasti Qarun pun kan ada
Menunggu dengan mulut ternganga
Menjadi proksi untuk jadi kaya
Bila Firaun berniaga
Hamman pun pasti kan ada jua
Menyuci bersih segala dosa
Pasti korupsi akan berleluasa
Bila Firaun berniaga
Masih adakah sekelumit harta
Untuk marhain tumpang merasa
Bukan sekadar melihat saja
Bila Firaun berniaga
Yang lain kan berputih mata
Hanya mampu melihat sahaja
Dan marhain terus derita.....
Simpang Tok Adis, 6 Jun 2014
Pasti mengundang bahana
Kerna peluang takkan terbuka
Dan akhirnya rakyat kan sengsara
Bila Firaun berniaga
Kelayakan pasti tak diambil kira
Kerna yang menentukan adalah kuasa
Kerna yang meluluskan tiada setara
Bila Firaun berniaga
Pasti keadilan tak dirasa
Kerna yang menentukan harga
Lebih untuk mengampu sahaja
Bila Firaun berniaga
Yang lain pastikan lihat saja
Menunggu andai ada sisa
Sedikit habuan untuk mereka
Bila Firaun berniaga
Penindasan kan bermaharajalela
Yang lemah kan menjadi mangsa
Yang untung pastinya mereka
Bila Firaun berniaga
Bukan kerana pandainya dia
Tapi merintis peluang yang ada
Sudah pastinya kan di ali baba
Bila Firaun berniaga
Pasti Qarun pun kan ada
Menunggu dengan mulut ternganga
Menjadi proksi untuk jadi kaya
Bila Firaun berniaga
Hamman pun pasti kan ada jua
Menyuci bersih segala dosa
Pasti korupsi akan berleluasa
Bila Firaun berniaga
Masih adakah sekelumit harta
Untuk marhain tumpang merasa
Bukan sekadar melihat saja
Bila Firaun berniaga
Yang lain kan berputih mata
Hanya mampu melihat sahaja
Dan marhain terus derita.....
Simpang Tok Adis, 6 Jun 2014
No comments:
Post a Comment