Sunday, June 8, 2014

Melihat kehidupan


Einstein pernah berkata
Kita harus melihat hidup melalui dua cara
Satu cara adalah tiada keajaiban akan berlaku
Satu lagi adalah setiap benda ada keajaiban

Dalam melusuri kehidupan
Tengoklah dengan pandangan mata
Renunglah dengan tafsiran hati
Fikirkan dengan kecerdikan akal

Melihat hidup tanpa keajaiban
Memaksa kita untuk tidak berhenti berusaha
Kerna setiap tujuan akan ada halangan
Dan setiap kejayaan pasti tidak hadir begitu saja

Melihat pada semua keajaiban
Percayalah pada doa dan tawakkal
Walaupun di saat genting hampir gagal
Tidak semestinya kejayaan tidak kan tercapai

Dan orang yang mencuba dia kan pasti
Bahawa dia tak pernah gagal walau sekalipun
Mungkin dia akan berjaya dalam usaha
Atau dia kan menjumpai cara yang tidak………

Chendering, 9 Jun 2014

No comments:

Post a Comment