Wednesday, June 4, 2014

Syaitan-syaitan bisu (Bahagian 3)

Syaitan-syaitan bisu
Semalam engkau jadi pejuang
Cakap terbalik pun engkau julang
Sudah tersiar pun kau ulang-ulang
Keluar habis jasad dan bayang

Satu entiti yang engkau bela
Walau kredibiliti sudah tercela
Namun semua kau sanggup usaha
Bukan berkata telan pun rela

Walau yakin khalayak digoyah
Engkau tak pernah nak ambil endah
Yang engkau tahu ikut yang arah
Walaupun tahu jelas dah salah

Syaitan-syaitan bisu
Kini mulut dikunci bisu
Bibir tertutup lidahnya kelu
Kalau suara pun tak sahih tentu
Umpama berbisik dalam kelambu

Apa jadahnya wahai memanda
Dalam majlis orang kau bersemenda
Sedang dah jelas fatwa dah ada
Kerana sokongan semua kau lupa

Mana pergi semua penasihat
Yang gajinya dibayar dari duit rakyat
Bukankah ini satu maslahat
Perlu dibetul bukan dibuat muslihat

Syaitan-syaitan bisu
Mana pergi semua amaran
Mana semua yang berani menelan
Mana jubahmu yang kau agungkan
Mana tokohmu yang kau megahkan

Demi kerana duduk selesa
Tugas hakiki kau tak laksana
Teguranmu hilang entah kemana
Takut hilang pangkat kurnia

Di depan khalayak kau kata pejuang
Pada hakikat kaulah jembalang.......

Chendering, 4 Jun 2014

No comments:

Post a Comment