Mesyuarat bermula
Kubu-kubu dibina
Cuba mencari salah siapa
Mari kita lihat siapa yang kena
Yang ampu kan mengampu
Yang nafi kan menafi
Yang dalih kan berdalih
Yang bijak diamkan diri
Bukan kerna
Si bijak tak pandai berhujah kata
Bukan kerna
Si bijak tak tahu pertahan fakta
Cuma
Kerna si bijak tahu di hujung cerita
Semuanya berakhir tanpa ada apa
Yang banyak bercakap kan dapat kerja
Yang banyak ampu kan tambah kerja
Yang berdiam diri mungkin juga kena
Jadi
Apa guna bertegah kata
Cuma bazirkan liur sahaja
Lebih baik si bijak bertinta.........
Bilik Mesyuarat 2, 11 Jun 2014
Kubu-kubu dibina
Cuba mencari salah siapa
Mari kita lihat siapa yang kena
Yang ampu kan mengampu
Yang nafi kan menafi
Yang dalih kan berdalih
Yang bijak diamkan diri
Bukan kerna
Si bijak tak pandai berhujah kata
Bukan kerna
Si bijak tak tahu pertahan fakta
Cuma
Kerna si bijak tahu di hujung cerita
Semuanya berakhir tanpa ada apa
Yang banyak bercakap kan dapat kerja
Yang banyak ampu kan tambah kerja
Yang berdiam diri mungkin juga kena
Jadi
Apa guna bertegah kata
Cuma bazirkan liur sahaja
Lebih baik si bijak bertinta.........
Bilik Mesyuarat 2, 11 Jun 2014
No comments:
Post a Comment