Manusia ini makin menggila dan terus lara
Dalam dunia yang makin kelibut dan caca marba
Ada yang memandang tapi diam tak berbuat apa
Ada yang berkuasa tapi jelas semua itu di salah guna
Mereka bersuara pasal bukan Islam yang bertudung
Tapi tak mengapa gadis-gadis Islam tanpa kerudung
Bukannya mengajak agar amal sama dihitung
Hakikatnya mereka lebih miang dan lebih bisa dari jelutung
Mereka mengutuk babi yang masuk dalam cokelat
Tapi tak dikawal burung-burung dalam pelikat
Tak kira janda, dara atau sunti mereka sebat
Ada yang lepas dan ada akhirnya bercambah jadi zuriat
Yang kaya bersenda tawa di hotel-hotel mewah
Yang papa dalam semak kau berkhemah
Tujuannya hanya tubuh-tubuh untuk dimamah
Punca dari keyakinan yang semakin lemah
Natijahnya akan berlaku pada suatu masa
Munculnya bayi-bayi yang tidak berdosa
Jasad-jasad kecil yang tidak diakui milik siapa
Lantas ditanam atau dibuang, dibiarkan mati tersiksa
Saban hari kan kita lihat, kita dengar dan kita baca
Di sungai, di gaung, dalam timbunan sampah pun juga ada
Sebahagiannya hanyalah cebisan-cebisan yang bersisa
Menjadi korban pada haiwan yang tidak mengenal mangsa
Bilakah semua ini akan dapat berakhir
Bilakah kesedaran dalam diri kita semua akan hadir
Sebelum semua isi dunia ini akan meletus menjadi cair
Dan sebelum di Mahsyar kita beratur menunggu gilir
Aku berkata bukan kerana aku manusia yang maksum
Kejahilan diriku ini telah sedia ku sedar dan juga maklum
Cuma mengajak masyarakat yang insaf dan yang belum
Agar mencari iktibar dari segala tafsir dan juga mafhum
Chendering, 6 Jun 2014

No comments:
Post a Comment