Saturday, June 7, 2014

Anutan atau ikutan

Setiap minggu ianya pastikan tiba
Hari Jumaat muncul seperti biasa
Hadir ke masjid setiap lelaki tua dan muda
Walau di waktu lain ke masjid tak jumpa tangga

Semua hadir ke masjid bersolat jumaat
Sama-sama berselawat mencari syafaat
Tapi darinya berapa ramai yang kenal syariat
Tahu akan segala sebab, musabab dan akibat

Solat Jumaat kenapa disuruh berjemaah
Bukanlah boleh solat sendirian dirumah
Ada pula seorang  khatib bersuara hikmah
Di atas mimbar lantang membaca khutbah

Ada sebab semuanya disuruh begitu
Untuk peringatan kita waktu ke waktu
Juga disuruh agar kita semua bersatu
Sesama Islam janganlah kita berseteru

Setiap apa yang telah Allah suruh
Ada musabbab yang sudah jelas sungguh
Perlu kita semua pelajari dan juga patuh
Agar kita kenal halal, haram, harus dan makruh

Begitulah juga dengan haramnya khinzir
Ada bersebab kenapa hukumnya hadir
Perlu dibaca, teliti, fahami dan tafsir
Bukan sekadar menjadi ikutan di bibir

Kita perlu faham satu pegangan
Agama adalah anutan bukan sekadar ikutan

No comments:

Post a Comment