Monday, June 2, 2014

Kesakitan itu

Kesakitan itu
Mungkin adalah satu ujian
Menandakan kita masih dalam ingatan
Bukan manusia tetapi Tuhan
Agar kita tetapkan iman

Kesakitan itu
Mungkin juga satu kifarah
Atas sesuatu dalam sejarah
Yang tanpa sedar kita tersalah
Lari dari kehendak yang hikmah

Kesakitan itu
Mungkin satu penyembuh dosa
Atas khilafnya diri kita
Dengan sedar atau tanpa rasa
Samada tersalah atau sengaja

Kesakitan itu
Mungkin hadir sebagai peringatan
Bahawa kita mungkin keterlaluan
Mengejar hidup tanpa batasan
Dan yang menjadi sengsara adalah badan

Kesakitan itu
Membawa seribu makna
Yang penting kita harus percaya
Bahawa semua penyakit itu ada penyembuhnya
Samada telah ditemu atau belum terjumpa

Kesakitan itu
Kadangkala adalah kemanisan…………


Chendering, 3 Jun 2014

No comments:

Post a Comment