Tuesday, June 3, 2014

Kegilaan apakah ini

Alahai manusia.......
Tidak pernah kusangka
Ingatkan hanya di lain negara
Tapi dibumiku ini pun ada juga

Hanya kerana sehelai tudung
Di kaki lima kau sanggup berkampung
Tak kau hiraukan nyamuk menghurung
Janji dibuka pintu, kaulah yang sulung

Apakah namanya kegilaan ini
Aku melihat tanpa ku mengerti
Adakah begini budaya nan jati
Atau ikutan di masa kini

Masih banyak perlu difikirkan
Anak di rumah perlu belaian
Suami nak makan perlu siapkan
Dari berkampung di tepi jalan

Kalau dikata mereka kan marah
Tapi nampaknya tak tentu arah
Dah jadi budaya semakin parah
Entah bilakah nasib kan berubah

Chendering, 3 Jun 2014

No comments:

Post a Comment