Atas nama pembangunan
Semua kawasan kau ranapkan
Mana janjimu kebajikan
Mana janjimu rakyat didahulukan
Berembang telah lama musnah
Chubadak juga telah runtuh ke tanah
Selepas ini manakah kan kau ratah
Tanah manakah yang kau kan tarah
Semua agensi telah kau perguna
Sebagai penguasa kau bermaharajalela
Tidak pernah kau kira nasib mereka
Hanya kerna kau yang mempunyai kuasa
Apakah ini harga pembangunan
Apakah ini namanya kemajuan
Bila rakyat engkau sisihkan
Dalam mengejar arus pemodenan
Apakah sebenarnya yang engkau fikir
Mereka yang miskin dah menjadi fakir
Dari kediaman mereka, kau mengusir
Diberi pampasan ikut yang kau taksir
Kau tak pernah mengira susah mereka
Kau tak pernah peduli tentang derita
Hanya yang kau tahu menimbunkan harta
Hanya yang kau tahu mengejar gah dunia
Apakah kau lupa akan penghujungnya
Selepas kita meninggalkan dunia
Di Mahsyar nanti pastikan ditanya
Bagaimana kau ingin menjawabnya
Chendering , 10 Jun 2014
Semua kawasan kau ranapkan
Mana janjimu kebajikan
Mana janjimu rakyat didahulukan
Berembang telah lama musnah
Chubadak juga telah runtuh ke tanah
Selepas ini manakah kan kau ratah
Tanah manakah yang kau kan tarah
Semua agensi telah kau perguna
Sebagai penguasa kau bermaharajalela
Tidak pernah kau kira nasib mereka
Hanya kerna kau yang mempunyai kuasa
Apakah ini harga pembangunan
Apakah ini namanya kemajuan
Bila rakyat engkau sisihkan
Dalam mengejar arus pemodenan
Apakah sebenarnya yang engkau fikir
Mereka yang miskin dah menjadi fakir
Dari kediaman mereka, kau mengusir
Diberi pampasan ikut yang kau taksir
Kau tak pernah mengira susah mereka
Kau tak pernah peduli tentang derita
Hanya yang kau tahu menimbunkan harta
Hanya yang kau tahu mengejar gah dunia
Apakah kau lupa akan penghujungnya
Selepas kita meninggalkan dunia
Di Mahsyar nanti pastikan ditanya
Bagaimana kau ingin menjawabnya
Chendering , 10 Jun 2014
No comments:
Post a Comment