Tuesday, August 11, 2015

Berkata Dari Syurga?

Sekelompok yang mengaku tahu segala
Angkuh diri angkat semahunya
Pasti tak ingin berganding usaha
Kerna takkan sama kamu dan dia

Aku bukannya menari domba
Cuma kubenci jenis mengada
Ilmu cetek secangkir cuma
Tapi angkuh mendabik dada

Semua yang lain seakan berdosa
Bila berkata yang tak senada
Hanya katanya yang harus diterima
Walau pun nista berulam dusta

Ah…bagi mereka semua pasti berbeza
Pasti kalah hujahmu ditertawa
Kerana mereka seolah berkata-kata
Sambil memandang dari jendela syurga…..

Indera Sempurna, 11 Februari 2015

No comments:

Post a Comment