Sunday, August 16, 2015

Hari Ini dan Semalam

Hari ini kau berkata santun
Tetap ku tak lupa tika kau hamun
Hari ini kau menyerang si lanun
Tetap ku tak lupa kau juga penyamun

Hari ini kau menongkah lautan
Tetap ku tak lupa kau simbah daratan
Hari ini kau bising pada kepincangan
Tetap ku tak lupa kau jua yang mulakan

Kau bermuka-muka
Seolah kau mulia
Sedang tanganmu durjana
Kaulah perosak segala...

Seri Inderapura, 27 Julai 2015

No comments:

Post a Comment