Tuesday, August 11, 2015

Bicara Ji-Es-Ti

Kau bilang ini belanja terbaik rakyat
Segala kebaikan dan faedah telah kau surat
Tapi tak banyak yang memberi manafaat
Kau belanja seringgit, lebihnya kau lipat
Kau bilang sekarang kau ikat perut
Dek kerna kesempitan yang mencerut
Tapi lihat cara hidupmu, sah kau mengarut
Kau seolah mohon untuk dirimu dicarut
Kau tak pernah peduli pada masa, waktu dan tempoh
Kau masih terus ingat rakyat ini bodoh
Sedang kau tak sedar kau yang nampak hodoh
Mungkin dirimu dan kebebalan adalah jodoh
Kau terus dan terus menjadi alat-alat kapitalis
Demi kepentingan mereka, kau biar rakyat mengemis
Segalanya untuk mereka dalam apa yang kau tulis
Sedang apa yang diamanahkan kau terus biarkan berkudis
Kau bilang rakyat jangan jadi hamba subsidi
Tapi kau yang terus mencatur dan mengutip ufti
Untuk rakyat kau hadiahkan dengan ji-es-ti
Beri harapan kelabu, untukmu untung yang pasti
Untungmu kau masih punya sokongan
Dari mereka-mereka yang telah kau bagi umpan
Seringgit darimu umpama mereka bisa hidup sezaman
Kau utamakan mereka kerana kau pinta dokongan
Sedang yang perlu terus kau sisihkan
Yang merintih perlu bantuan kau terus lupakan
Yang hasil buminya kau rampas dan kau larikan
Dan sumpah-sumpahmu terus kau nafikan…………………..
Peramu Jaya , 11 Oktober 2014

No comments:

Post a Comment