Sunday, August 16, 2015

Tiada Jalan Lain Bagimu

Kau menulis, skrip mu tidak cukup kuat
Kau mengarah, arahanmu buat orang meluat
Kau berlakon, lakonanmu sangat melarat
Kau menyanyi, sumbang jauh timur dan barat

Kau bercakap, cakapmu bersimpang siur
Kau berhujah, hujahmu lembik umpama sayur
Kau bertinta, ayat-ayatmu semuanya hancur
Kau berkata, hanya tutur yang sombong dan takbur

Kau bersilat, langkahmu sememangnya sumbang
Kau berlawan, gerak-gerimu semuanya pincang
Kau berkeris, keris pun tak betul kau pegang
Kau berpedang, tanpa kudrat untuk menentang

Kau berbohong, kerna itulah yang kau paling tahu
Kau berdusta, sorok kebenaran dedah yang palsu
Kau seleweng, tiada yang betul semuanya hanya tipu
Kau khianat, curang amanah yang terpikul di bahu

Kau terkepung, menyerahlah
Kau terdesak, akuilah

Cherok Paloh, 16 Ogos 2015

No comments:

Post a Comment