Tuesday, August 11, 2015

Perjuangan Ini

Antara jerit
Pada keadilan yang sempit
Pada satu penafian yang perit
Yang membelit

Antara sedar
Pada keyakinan yang pudar
Pada kedzaliman yang tegar
Yang tersasar

Jiwa-jiwa itu perlu tahu
Bahawa perjuangan ini
Bukannya tentang susuk
Tapi tentang tajuk

Kau bunuh jasad
Kau sangga jiwa
Kau kuburkan naluri
Namun tajuknya tetap utuh

Kau tersenyum pahit
Walau hari ini dipihakmu
Kerna kau tahu akhirnya
Tajuk ini akan memusnahkanmu....

Peramu jaya, 10 Februari 2015

No comments:

Post a Comment