Sunday, August 16, 2015

Demokrasi Telah Mati ?

Kau berkata pada hari ini
Bahawa demokrasi sudah mati
Sedang hakikatnya tak kau sedari
Bahawa ianya telah lama dikebumi

Kau bercerita tentang merdeka
Sedang kaulah yang mula sengketa
Kau belenggu segala jasad dan jiwa
Kekang semua jalan yang masih ada

Kau bicara tentang keadilan dan hak
Sedang kaulah yang mula merosak
Pelaksana kau paksa agar berpihak
Yang enggan kau ugut dan alih letak

Kau bicara tentang suap dan rasuah
Sedang kaulah yang mula mencambah
Hingga melekat terlalu sukar nak diubah
Nak dibendung pun dah terlalu payah

Kau bicara tentang menyalahguna
Sedang kaulah yang mulakan segala
Agensi kerajaan menjadi alat penguasa
Pelik, seolah kau ini baru hadir ke dunia

Kau bicara tentang ciri-ciri pemimpin
Sedang kaulah yang tak lihat cermin
Sungguh tak tampak umpama angin
Tapi hampir semuanya kau sapu licin

Kau bicara demokrasi telah mati
Sedang kau yang kuburkannya di Memali....

Sempadan kecewa, 10 Ogos 2015

No comments:

Post a Comment