Tuesday, August 11, 2015

Hari Cinta?

Mereka berkata
Hari ini hari cinta
Aku yakin mereka terlupa
Kerna cinta sentiasa ada

Mereka berhujah
Perlu dirai cinta yang indah
Rasa itu perlu diluah
Dengan bunga dan seribu madah

Nah kalau begitu
Adakah cinta sekadar waktu?
Di tika lain hatimu beku
Sayangmu kelu jiwamu kaku?

Cinta itu tak pernah bermasa
Cinta seharusnya hadir sentiasa
Diluah atau tidak mungkin berbeza
Bukan dilihat tapi dirasa

Apa perlu bertarikhnya cinta
Jika dihatimu kekal berbunga
Kau siram kasih, sayang kau baja
Tentu subur di dalam jiwa

Yang kau rai bukannya cinta
Hanya sandaran sebuah cerita
Yang barang tentu lain budaya
Begitu senang dirimu percaya

Kau harus renung dalam sejarah
Persoalan juga berkait akidah
Kau harus lihat apa natijah
Jangan diikut secara mudah

Telah berulang kau dikhabarkan
Dalam hidup ada sempadan
Jangan kerana ikut perasaan
Pegangan hidup engkau korbankan

Andai sehari cinta kau rai
Kau pinta ruang hadirnya benci....

Kempadang Makmur, 14 Februari 2015

No comments:

Post a Comment