Tuesday, August 11, 2015

Merdeka! Merdeka!

Kau bilang merdeka
Sedang kau masih alpa
Sedang dirimu masih leka
Berbuai mimpi di alam lena

Kau jeritkan tentang kebebasan
Tanpa sedar dan tanpa perasan
Belenggu jiwamu belum dilepaskan
Dan jeritmu sebenar hanyalah ratapan

Apakah ertinya merdeka itu
Hanya perbarisan dan pertunjukan tatu
Sedang hati-hatimu masih begitu
Tiada identiti dan hakikat yang tentu

Kau berbangga pada kemodenan
Sedang untuknya jiwamu digadaikan
Semua jati diri menjadi taruhan
Yang akhirnya tumpas menjadi korban

Susukmu segar jiwamu bungkam
Pada rantai yang makin mencengkam
Dan kau berteriak sepanjang malam
Merdeka! Merdeka! Apinya padam...........

Rumah api, 31 Ogos 2014

No comments:

Post a Comment