Tuesday, August 11, 2015

Keliru Aku Keliru

Dulu.....
Bila di sekolah aku diajar
Bahawa manusia bernafas
Menggunakan paru-paru
Bukannya hidung seperti kujangka
Sedang hidung itu
Hanyalah sekadar medium
Sekarang
Aku belajar sendiri
Bahawa manusia harus bercakap
Menggunakan otak
Bukannya mulut seperti dilihat
Sesungguhnya mulut itu
hanyalah sekadar medium
Namun begitu
Walau manusia masih bernafas
Menggunakan paru-paru
Masih ramai lagi
Yang bercakap tanpa menggunakan otak..........
Akhirnya aku keliru........

Perhentian masa, 27 Sept 2014

No comments:

Post a Comment