Tuesday, August 11, 2015

Keliru

Aku keliru
Antara resah yang menderu
Antara hilai tawa yang bertamu
Antara sedih tangis yang merayu
Antara hingar bingar yang mengganggu

Aku keliru
Bagaimana untuk ku menentu
Bagaimana untuk memilih yang satu
Bagaimana untuk memisah yang palsu
Bagaimana untuk memihak pada yang jitu

Aku keliru
Antara hitam, putih dan kelabu
Antara benar, kabur dan palsu
Antara riang, gundah dan pilu
Antara mudah, getir dan berliku

Aku keliru
Kerana gagal untukku mengadu
Kerana tidak kurujuk sang guru
Kerana tidak ku tilik kitab dan buku
Kerana ku lupa jalan yang satu

Aku keliru
Jalan itu telah ada disitu
Ruang telah tersedia buatku
Tapi aku gagal mencari waktu
Untukku hadir mencari ilmu............

Lebuhraya Tun Abdul Razak, Pekan 16 Februari 2015

No comments:

Post a Comment