Sunday, August 16, 2015

Manusia-Manusia Durjana

Wahai jalang-jalang gilakan darjat
Kau gadai kehormatanmu demi pangkat
Supaya di dunia kau terlihat hebat
Walau jiwamu kosong muflis melarat

Wahai pondan-pondan pemegang amanah
Wajahmu polos punggungmu bernanah
Tunggangan penguasa tiada bermaruah
Kau lagak suci walau martabatmu punah

Wahai pelacur-pelacur beralas agama
Kau gadai akidahmu demi harta dunia
Pemimpin korup kau kelu tak berkata
Senyap bererti kau sokong mereka

Wahai abdi-abdi belenggu tak terikat
Kau jadi hamba dek kerna muslihat
Sedarlah engkau bangkit dan lihat
Merekalah sebenarnya segala musibat

Wahai pandir-pandir menyangka bijak
Kau sorong kepalamu untuk dipijak
Semakin tinggi mereka kan bertapak
Kau hanya tenggelam tak tinggal jejak

Mungkin hari ini kau bermegah
Tunggulah masanya kau pasti rebah...

Seri Inderapura, 4 Ogos 2014

No comments:

Post a Comment