Tuesday, August 11, 2015

Cerita Dalam Kotak

Dalam kotak ada pepenjuru
Pelbagai manusia dan tingkah laku
Setiap kelompok berwajah keliru
Untuk memilih mana yang tentu
Untuk hari ini alif yang kau baca
Besok pula kau sebut ba
Lusa menunggu mungkinkah Ta
Tapi Mim yang kau pelawa
Serabut segala urat dalam kepala
Kerna langkahmu tidak menjadi nyata
Diusul disokong tapi terus hampa
Lawanmu tentunya bukan orang yang biasa
Susuk inilah yang kau katakan patung
Dulunya dialah yang kau hitung-hitung
Dulunya dialah yang kau lambung-lambung
Bila begini dialah yang kau ingin pancung
Katamu susuk ini sombong dan bongkak
Walau apa dikata pun tidakkan berganjak
Nyata dia bukanlah yang memberontak
Cuma guna otak bila kau bertindak
Akhirnya menangnya arang, kalahnya abu
Semua dari jernih dah pun jadi kelabu
Dari tenang semua dah jadi libang-libu
Habis keluar semua cerita dalam kelambu
Dalam kotak ada pelbagai cerita
Diolah disusun menjadi sandiwara
Dihidang untuk dinilai semua
Fikir di otak apa yang dilihat mata.........

No comments:

Post a Comment